Monday, September 26, 2016

PENGAJARAN DAN KESAN

PENGAJARAN



Pengajaranyang boleh diambil daripada kesan penjajahan Poortugis di Melaka adalah kita sebagai rakyat Malaysia yang telah merdeka haruslah menjaga sendiri kemerekaan tanah air dengan mempertahankan negara kita apabila diserang oleh kuasa asing seperti yang dilakukan oleh tokoh tempatan apabila Portugis menyerang Melaka . Selain itu , sebagai rakyat Malaysia , kita harus menjaga silaturrahim antara kita dan tidak bergaduh atau berebut akan harta sesama kita hingga menyebabkan kita dijajah seperti yang berlaku di Melaka kerana para pemerintahnya yang penting akan harta hingga negeri sendiri tergadai . Akhir sekali , sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai berbilang bangsa , kita haruslah mempunyai sifat perpaduan dan kenegaraan dengan saling bantu membantu tanpa mengira bangsa , agama atau warna kulit.






KESAN


Kesan daripada penjajahan Portugis kepada Malaysia ialah pemimpin lebih berhati-hati dengan campur tangan negara asing dalam pentadbir dengan tidak mudah tertipu dengan helah orang asing . Selain itu , pemimpin juga telah mentadbir dengan telus dan tidak membiarkan harta mengaburi mata mereka hingga menyebabkan negara dijajah semula . Di samping itu , rakyat Malaysia telah bersatu padu dan saling tolong menolong antara satu sama lain agar negara mereka tidak dijajah semula . Akhir sekali , Malaysia telah mula melakukan hubungan diplomatik dengan negara lain agar keselamatan lebih terjaga dan jika berlaku bencana , kita dapat salin tolong meolong negara yang dalam kesusahan .

No comments:

Post a Comment